12 December 2006

Tanda-tanda hampir kiamat

Assalamualaikum

I've been doing a lot of readings on 'tanda-tanda hampir kiamat'. There are lots. Here are some that I'll share with all of you. Hope that this brings awareness to the muslims.

Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Zikir yang termulia ialah LA ILLA HA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istigfar"

==============================================

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaludin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'ah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail Bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa tanda-tanda kiamat, diantaranya:

  1. Lahir binatang yang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly.

  2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Al-Qur'an), Qur'an dilagu-lagukan dan ditandingkan tetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Qur'an ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

  3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

  4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

  5. Cukai ditinggikan.

  6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

  7. Timbul penyakit ganjil dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids dan lain-lain.

  8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka menggunakan alat perancang keluarga.

  9. Orang Islam mengutuk sesama Islam.

  10. Masjid dibina indah dan mahal-mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.

  11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan, menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain.


  12. Banyak berlaku gempa bumi.

  13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

  14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain-lain.

  15. Banyak berlaku rasuah.

  16. Lahir kumpulan mengeritik Hadis Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.

  17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

  18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa, isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri dijadikan pelacur dan sebagainya).

  19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang-terangan tanpa pembelaan seperti kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia).

  20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenalinya sahaja.

Perisitwa di atas ialah tanda-tanda pertengahan menjelang tanda-tanda kiamat yang besar (Kiamat kubra). Tanda-tanda kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:

  1. Sembahyang ditinggalkan.

  2. Banyak bengunan tinggi mencakar langit.

  3. Orang jahat jadi pemimpin.

  4. Tidak amanah dan zalim.

  5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

  6. Perkara haram dihalalkan.

  7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqudah Ahlussunnah Waljama'ah.

  8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

  9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

  10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

  11. Arak menjadi minuman harian (rasmi).

Demikian lah sedikit dari banyak tanda-tanda untuk direnung dan difikirkan.

Dipetik dari: Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh Prof. Muhammad As Soqhir.