Showing posts with label zikir. Show all posts
Showing posts with label zikir. Show all posts

14 December 2006

Zikir-Zikir selepas setiap sembahyang fardhu

Assalamualaikum

This is the zikir that I was talking about in the previous, previous, previous post :)

======================================================
Zikir selepas sembahyang fardhu Subuh

Ya-Rahmaanu-Ya-Rahiim (100 kali) : Setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

Ya-‘Aziz (40 kali selama 40 hari) : Insya Allah dirinya dikayakan dan dimuliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya.

Ya-Fattaah (71 kali) : Insya Allah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.

Ya-Majiid (99 kali) : Ditiupkan kedua-dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyaAllah akan lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.

Ya-Hamiid (62 kali) : InsyaAllah jadilah ia yang terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.

Ya-Hamiid (99 kali) : ditiupkan kepada kedua-dua tangannya lalu disapukan ke mukanya, InsyaAllah dirinya dimuliakan, dibantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.

Zikir selepas sembahyang fardhu Zohor

Ya Samii (100 kali) dan membisu kepada sesiap pada hari khamis : Allah akan memakbulkan segala hajatnya.

Zikir selepas sembahyang fardhu Maghrib

Ar-raafi’ (100 kali) atau (40 kali) pada setiap malam Isnin, Juma’at : InsyaAllah dirinya menjadi hebat dikalangan para makhluk Allah.

Ya-Mu’izz (140 kali) tiap-tiap malam juma’at atau isnin : InsyaAllah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau dihati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah.

Ya-Hamiid (62 kali) : Jadilah ia terpuji dalam perbuatannya dan perkataannya.


Zikir selepas sembahyang fardhu Isyak

Ya-Raafi’ (100 kali) atau (40 kali) setiap malam isnin atau juma’at : Insya Allah dirinya menjadi hebat dikalangan para makhluk Allah.

Ya Mu’izz (140 kali) setiap malam isnin atau juma’at : Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.

Ya-Aakhir (100 kali) : InsyaAllah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.

Ya-Rasyiid (100 kali) : InsyaAllah segala amalannya akan diterima.

Zikir selepas solat 5 waktu

Ya Allah (66 kali) selama 66 hari : InsyaAllah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ikhrawi.

Ya-Rahmaan (100 kali) : InsyaAllah dirinya terhundar daripada sifat lupa dan lalai dan akan memperolehi ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.

Ya-‘Aliim (100 kali) : InsyaAllah dia akan mendapat ilmu Makrifat, Kasyaf (ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua matanya; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w diperlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasaji yang bernama Asyahamah. Nabi s.a.w pun solat ghaib ke atas raja itu) dan memperoleh iman yang sempurna.

Ya’Adl (104 kali) : InsyaAllah dirinya mashyur banyak keadilan dilakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.

Ya Haliim (88 kali): InsyaAllah pangkat dan kedudukannya berkekalan.

Ya-Hamiid (100 kali) : InsyaAllah dirimya menjadi orang yang Soleh.InsyaAllah dirimya menjadi orang yang Soleh.